Thursday 29 September 2016

Kehidupan Belajar Di Kolej

Assalamualaikum kepada my blog readers. So today aku nak cerita pasal tempat aku menimba ilmu huhu iaitu KMNS.

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan ni kira macam Matrikulasi kedua tertua kat Malaysia. Sememangnya bangunan dia terutama asrama agak 'menyeramkan', tapi cukup bagi keselesaan kepada kami. Haha. Hari pertama aku masuk KMNS ni pada 23 Jun 2016. Tarikh bermulanya perjalanan hidupku sampai sekarang. Now dah masuk minggu ke 15 ke 16 tah aku dekat sini. Pejam celik je dah nak PSPM. Amali Biology pun dah habis, Kimia pulak tinggal 1 je lagi eksperimen, itu maknanya dah nak habis dah Semester 1. Huhu, ok now nak cerita pasal kehidupan dekat sini. Alhamdulillah semuanya baik-2. Ada yang gila-2 hahaha layan je la. Pasal masa kat sini memang penatlah, penuh dengan tutorial bagai. Tapi, tulah jalan untuk berjaya. Malam pulak tak sah kalau tak buat kerja, hari Jumaat malam je yang boleh rileks.

Nak cerita pasal waktu balik and waktu outing pulak, agak berbeza dengan dekat Universiti. Matrik ni macam sekolah la jugak kot, balik lebih kurang 2 kali sebulan je. Kira bagus la jugak sebab kalau balik rumah pun bukannya study, dah la kat rumah wifi laju. Kah kah. Erm outing lak berasingan laki perempuan. Tak tau la ape function dia. Perempuan hari sabtu and Lelaki pulak hari ahad. Aku tak pernah outing pun sebab dah bosan kat sini. Diorang outing lak asyik pegi Palm Mall tak pun JJ Aeon. Hahaha. Maklumlah dulu rumah kat Seremban je lol. Hmm tu je la kot yang boleh dikongsikan. Haha dah takde idea, nanti aku sambung mengarang lagi. Kbye.


1 comment: