Thursday 20 October 2016

Malu Bertanya Sesat Jalan (Minggu Kerjaya)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Alhamdulillah bertemu kita lagi ye di minggu yang ke berapa entah, tapi memang lagi 2 minggu lah nak PSPM wuwuw. Perasaan dia lagi seram dari SPM tahun lepas. Haha for your information, khamis depan kiteorang semua boleh balik hehe. Tapi balik Khamis petang. Ok la tu sebab Jumaat cuti. Dapatlah jumpa parents and semua family before aku nak menghadapi final exam nanti. Eh macam dah jauh je muqaddimah aku ni. Hahah sebenarnya harini aku nak cerita pasal Minggu Kerjaya yang diadakan dekat Matrik aku minggu lepas. Best jugak lah program tu, wakil-wakil setiap universiti tu pun semua sporting. Mostly semua student dapat banyak pengetahuan dari Universiti Awam yang ada kat Malaysia ni. Oh tak lupa juga dengan ada beberapa Institusi Swasta yang turut serta join program tersebut.

Inilah suasana masa Hari Minggu Kerjaya tu. Lokasi di Dewan Minangkabau KMNS. Photo Credit to arkibKmns

Based on my post title, YA memang kalau malu bertanya sesat jalan. Serious aku cakap, kalau kau pergi minggu kerjaya tu tapi setakat nak tengok or nak kutip beg je, baik tidur kat bilik je. Hahaha. Ada haritu aku tengok, dia ikut je kawan dia pergi setiap booth tu. Macam takde function je haha. So back to the main purpose yang aku nak cerita, lepas aku pergi setiap booth-2 Universiti yang ada kat situ, memang banyak pengetahuan dan banyak benda yang aku tak tahu dulu and sekarang dah tahu. Serious dapat banyak gila pengetahuan dalam course yang aku nak sambung untuk degree nanti terutama bidang Sains Komputer dengan Undang-undang.

Disini disediakan gambar-gambar Fakulti Sains Komputer dan Undang-undang dekat Universiti yang menjadi pilihan aku :

Fakulti Sains Komputer di Universiti Malaya

Fakulti Undang-undang di Universiti Kebangsaan Malaysia

Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara

Menurut apa yang aku bertanya-tanya haritu. Aku mungkin nak sambung Degree Sains Komputer dekat Universiti Malaya (UM). Dia punya kelayakan untuk memohon pun agak tinggi. Dalam PNGK 3.50 dalam kedua dua sem baru layak memohon. So aku akan berusaha lebih untuk dapatkan pointer tu dan lebih lagi. Untuk Course Degree Undang-undang pulak, syarat kelayakan untuk memohon dia agak rendah sedikit, iaitu PNGK 2.50 keatas dh boleh memohon. TAPI INGAT! Itu cuma syarat minimum je, akak yang jaga booth tu cakap kena dapatkan PNGK 3.00 baru dia akan pertimbangkan untuk masuk ke Universiti tu. Terus tergamam aku sekejap, sememangnya susah untuk masuk ke Universiti Awam yang terbaik tapi, ianya akan menjadi senang kalau aku terus berusaha sampai berjaya dapat PNGK 4.00. Oh ya, aku nak sambung Degree Undang-undang dekat Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) atau di Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Setakat ini, itulah yang menjadi pilihan aku. Haha walaupun sekarang aku di Matrik aliran Sains, itu tak jadi masalah untuk aku sebab Sains ni meluas, boleh mohon apa-2 je course. Best kan? So jangan lah rasa susah bila berada dalam aliran Sains sebab ianya jugak akan memberikan kebaikan kat kita semua. Tuntutlah ilmu sebanyak mana pun, bak kata pepatah " Tuntutlah ilmu hingga ke negara China" Hahaha.

Ok itu saje lah yang dapat aku kongsikan tentang apa yang aku dapat dari Minggu Kerjaya yang diadakan haritu. Diharap agar pihak kolej akan terus membuat program macam tu sebab ianya sangat membantu para pelajar yang masih takde hala tuju nak pergi ke mana lepas habis matrik nanti. So kepada sesiapa yang membaca ni tak kira lah lepasan SPM ke lepasan STPM ke Matrik ke, kita kena lah berusaha sedaya upaya untuk dapatkan PNGK yang tinggi masa final nanti. Haha ok bye Assalamualaikum :D



No comments:

Post a Comment