Thursday 20 October 2016

My Dream ?

My dream? Hahaha singkat kan tajuk post harini? Ok, Assalamualaikum and salam sejahtera semua. Harini aku nak share dengan korang 3 tempat yang menjadi idaman untuk aku pergi. Tempat? Of course lah tempat pelancongan or sebagainya. Haha, Ya Allah sebenarnya banyak tempat yang aku nak pergi ni tapi 3 tempat ini lah yang aku nak pergi sebelum aku dah tua or tak larat dah untuk berjalan. Haha.

TEMPAT IDAMAN PERTAMA :

Makkah Al-Mukarramah


Madinah Al-Munawwarah

 Inilah tempat idaman utama yang aku nak pergi. Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah. Insya Allah kalau diizinkanNya, aku teringin sangat nak bawak family aku pergi ke sana lagi. Alhamdulillah aku dah pernah pergi masa tahun 2011, aku buat umrah masa tu. Tapi rasa tak cukup je walau sekali. Serious rasa nak pergi sana lagi. Kat sana lah tempat suci dan semuanya cantik-2. Kota Makkah dan Madinah adalah kota yang tak pernah tidur. Sentiasa ada orang tak putus-2. Unik kan? Sememangnya Makkah dan Madinah inilah merupakan tempat idaman bagi semua Umat Islam. Best kan?

TEMPAT IDAMAN KEDUA :


London Bridge
 

Big Ben
Ini pulak tempat kedua yang aku nak pergi iaitu London, United Kingdom. Hehe ianya jadi tempat idaman aku sebab bandar dia yang klasik beserta Big Ben ( Jam besar ) haha. And aku nak pergi situ juga sebab boleh lah aku jumpa idola Vlogger aku iaitu Mr Ben Brown. Kalau tak kenal, pergi lah bukak youtube tengok vlog dia. Lawa gila quality camera yang dia pakai. Haha. Tapi harga duit kat sana memang berganda-2 mahalnya dari Malaysia ni. So hmm susah kot nak pergi, aku kena belajar rajin-rajin lah untuk ke sana.

United Kingdom ni jugak terkenal dengan rakyatnya yang baik hati, peramah dan sebagainya. Benda tu jugak menjadikan aku untuk berminat pergi ke sana bila dah besar nanti. Dan United Kingdom ni jugak dikira sebagai negara yang banyak kawasan menarik, permandangan menarik, rakyat-rakyat diorang pun menarik bila dipandang haha gurau je. 

TEMPAT IDAMAN KETIGA:

New York Statue



Ini tengah-tengah bandar New York. Lawa kan?

 Ha yang ini yang terakhir iaitu New York City, United States. Bandar New York ni memang terkenal gile lah dengan ceritanya , sejarahnya, penduduk dia. Memang yang duduk sana mostly kaya-2 je. Aku nak pergi sana jugak sebab nak jumpa CAPTAIN AMERICA iaitu Chris Evans. Dia duduk kt US huhu nak je aku serbu pergi beraya rumah dia. Hahah merepek ape nih. Kat US jugak ada banyak tempat-2 menarik yang tak dapat aku tulis kt blog kali ni. Hahah, cuba tengok gambar kat atas tu, ada patung angkat ketiak tu kan? Tak penat ke ek dia angkat ketiak tu je? Hahah gurau-2. Kat situ lah merupakan kira mercu tanda lah untuk negara US tu. Sesiapa yang pergi US tak sah kalau tak singgah kat situ ambik gambar. Haha 

Itu lah tempat yang aku nak pergi bila dah berduit or dah berjaya nanti. Sebenarnya banyak lagi tempat aku nak pergi seperti Australia, Korea, dan macam-macam lagi. Setakat ni aku dah pergi beberapa buah negara tapi mostly area Asia je lah contohnya , Indonesia, China, Hong Kong, Thailand and satu lagi Jordan. Serious best gila bila travel ni, nak nak bila travel sorang-2 tapi duit kena banyak lah. Hahaha , aku suka travel tempat yang lawa-2. Aku harap aku sempat lah pergi tempat-tempat yang aku idamkan tu. Insya Allah. Ok bye Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment