Thursday 13 October 2016

Mana Satu Pilihan Aku?

Assalamualaikum semua, so harini 13/10/2016, aku nak share sikit lah tentang course yang aku nak untuk sambung degree tahun depan. Hehe sekejap je kan? Mana taknya aku kan masuk matrik, itu lah kelebihan matrik :D Walaupun penat, tapi Insya Allah semuanya berbaloi. Aku dulu lepas SPM dapat tawaran UPU kat Uitm Segamat, course Diploma Sains Komputer. Tapi aku keluar sebab dapat tawaran matrik ni pulak. Hahah orang lain nak masuk Uni aku ni pulak nak keluar dari Uni. Hahaha takpela, ade hikmah semua tu. So kat bawah ni adalah senarai Universiti yang menjadi pilihan aku sejak dari zaman SPM lagi :



Universiti terbaik kat Malaysia

Syarat dia susah jugak nak masuk. UKM ni dekat Bangi

   
  Ni pulak UPM dekat Serdang



























Huhuhu sememangnya Universiti kat atas tu memang menjadi idaman setiap pelajar dekat Malaysia ni. Ramai kawan-kawan aku lepasan SPM diorang ada yang masuk Asasi Sains dekat Uni Malaya tu. Diorang cerita yang Wifi kat sana laju giler. Hahahah. Hmmm, Aku pun teringin jugak nak masuk Universiti dekat luar negara macam Oxford University, Penn State University, Cambridge University dan macam-macam lagi. Tapi bak kata orang, ukur baju di badan sendiri dulu. Haha, so mungkin untuk tahun depan ni, aku sambung dalam Malaysia dulu lah. Insya Allah kalau diizinkanNya, aku akan sambung master di luar negara. So, aku dan kawan-kawan ade lah buat research sikit pasal course yang ada kat setiap Universiti ni. Rambang mata wui nak pilih mana. So aku fikir-2, ini tak tetap lah but ini je la yang aku nak pilih dalam fikiran aku sekarang. Antaranya adalah :

  1. Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Dengan Kepujian di Universiti Kebangsaan Malaysia
  2. Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Biokimia) di Universiti Putra Malaysia
  3. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer di Universiti Malaya
Setakat ini, tu je lah yang aku dapat fikirkan. Haha, ayah aku dulu bekas pelajar Universiti Putra Malaysia tapi dalam Ijazah Pengurusan Perniagaan. Huhuhu so adakah aku akan menjejaki ayah ku? Hahaha Insya Allah. Kalau ada rezeki, aku pergi je mana-mana. Ilmu tu kan luas.

Tu je lah yang aku nak cerita harini. Aku jadikan semua pilihan aku tu sebagai satu titik tolak untuk aku terus berjuang dekat matrikulasi ni. Final lagi 3 minggu je, doakan kami semua. Bye Assalamualaikum.

1 comment: