Thursday 20 October 2016

My Dream ?

My dream? Hahaha singkat kan tajuk post harini? Ok, Assalamualaikum and salam sejahtera semua. Harini aku nak share dengan korang 3 tempat yang menjadi idaman untuk aku pergi. Tempat? Of course lah tempat pelancongan or sebagainya. Haha, Ya Allah sebenarnya banyak tempat yang aku nak pergi ni tapi 3 tempat ini lah yang aku nak pergi sebelum aku dah tua or tak larat dah untuk berjalan. Haha.

TEMPAT IDAMAN PERTAMA :

Makkah Al-Mukarramah


Madinah Al-Munawwarah

 Inilah tempat idaman utama yang aku nak pergi. Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah. Insya Allah kalau diizinkanNya, aku teringin sangat nak bawak family aku pergi ke sana lagi. Alhamdulillah aku dah pernah pergi masa tahun 2011, aku buat umrah masa tu. Tapi rasa tak cukup je walau sekali. Serious rasa nak pergi sana lagi. Kat sana lah tempat suci dan semuanya cantik-2. Kota Makkah dan Madinah adalah kota yang tak pernah tidur. Sentiasa ada orang tak putus-2. Unik kan? Sememangnya Makkah dan Madinah inilah merupakan tempat idaman bagi semua Umat Islam. Best kan?

TEMPAT IDAMAN KEDUA :


London Bridge
 

Big Ben
Ini pulak tempat kedua yang aku nak pergi iaitu London, United Kingdom. Hehe ianya jadi tempat idaman aku sebab bandar dia yang klasik beserta Big Ben ( Jam besar ) haha. And aku nak pergi situ juga sebab boleh lah aku jumpa idola Vlogger aku iaitu Mr Ben Brown. Kalau tak kenal, pergi lah bukak youtube tengok vlog dia. Lawa gila quality camera yang dia pakai. Haha. Tapi harga duit kat sana memang berganda-2 mahalnya dari Malaysia ni. So hmm susah kot nak pergi, aku kena belajar rajin-rajin lah untuk ke sana.

United Kingdom ni jugak terkenal dengan rakyatnya yang baik hati, peramah dan sebagainya. Benda tu jugak menjadikan aku untuk berminat pergi ke sana bila dah besar nanti. Dan United Kingdom ni jugak dikira sebagai negara yang banyak kawasan menarik, permandangan menarik, rakyat-rakyat diorang pun menarik bila dipandang haha gurau je. 

TEMPAT IDAMAN KETIGA:

New York Statue



Ini tengah-tengah bandar New York. Lawa kan?

 Ha yang ini yang terakhir iaitu New York City, United States. Bandar New York ni memang terkenal gile lah dengan ceritanya , sejarahnya, penduduk dia. Memang yang duduk sana mostly kaya-2 je. Aku nak pergi sana jugak sebab nak jumpa CAPTAIN AMERICA iaitu Chris Evans. Dia duduk kt US huhu nak je aku serbu pergi beraya rumah dia. Hahah merepek ape nih. Kat US jugak ada banyak tempat-2 menarik yang tak dapat aku tulis kt blog kali ni. Hahah, cuba tengok gambar kat atas tu, ada patung angkat ketiak tu kan? Tak penat ke ek dia angkat ketiak tu je? Hahah gurau-2. Kat situ lah merupakan kira mercu tanda lah untuk negara US tu. Sesiapa yang pergi US tak sah kalau tak singgah kat situ ambik gambar. Haha 

Itu lah tempat yang aku nak pergi bila dah berduit or dah berjaya nanti. Sebenarnya banyak lagi tempat aku nak pergi seperti Australia, Korea, dan macam-macam lagi. Setakat ni aku dah pergi beberapa buah negara tapi mostly area Asia je lah contohnya , Indonesia, China, Hong Kong, Thailand and satu lagi Jordan. Serious best gila bila travel ni, nak nak bila travel sorang-2 tapi duit kena banyak lah. Hahaha , aku suka travel tempat yang lawa-2. Aku harap aku sempat lah pergi tempat-tempat yang aku idamkan tu. Insya Allah. Ok bye Assalamualaikum.


Malu Bertanya Sesat Jalan (Minggu Kerjaya)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Alhamdulillah bertemu kita lagi ye di minggu yang ke berapa entah, tapi memang lagi 2 minggu lah nak PSPM wuwuw. Perasaan dia lagi seram dari SPM tahun lepas. Haha for your information, khamis depan kiteorang semua boleh balik hehe. Tapi balik Khamis petang. Ok la tu sebab Jumaat cuti. Dapatlah jumpa parents and semua family before aku nak menghadapi final exam nanti. Eh macam dah jauh je muqaddimah aku ni. Hahah sebenarnya harini aku nak cerita pasal Minggu Kerjaya yang diadakan dekat Matrik aku minggu lepas. Best jugak lah program tu, wakil-wakil setiap universiti tu pun semua sporting. Mostly semua student dapat banyak pengetahuan dari Universiti Awam yang ada kat Malaysia ni. Oh tak lupa juga dengan ada beberapa Institusi Swasta yang turut serta join program tersebut.

Inilah suasana masa Hari Minggu Kerjaya tu. Lokasi di Dewan Minangkabau KMNS. Photo Credit to arkibKmns

Based on my post title, YA memang kalau malu bertanya sesat jalan. Serious aku cakap, kalau kau pergi minggu kerjaya tu tapi setakat nak tengok or nak kutip beg je, baik tidur kat bilik je. Hahaha. Ada haritu aku tengok, dia ikut je kawan dia pergi setiap booth tu. Macam takde function je haha. So back to the main purpose yang aku nak cerita, lepas aku pergi setiap booth-2 Universiti yang ada kat situ, memang banyak pengetahuan dan banyak benda yang aku tak tahu dulu and sekarang dah tahu. Serious dapat banyak gila pengetahuan dalam course yang aku nak sambung untuk degree nanti terutama bidang Sains Komputer dengan Undang-undang.

Disini disediakan gambar-gambar Fakulti Sains Komputer dan Undang-undang dekat Universiti yang menjadi pilihan aku :

Fakulti Sains Komputer di Universiti Malaya

Fakulti Undang-undang di Universiti Kebangsaan Malaysia

Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara

Menurut apa yang aku bertanya-tanya haritu. Aku mungkin nak sambung Degree Sains Komputer dekat Universiti Malaya (UM). Dia punya kelayakan untuk memohon pun agak tinggi. Dalam PNGK 3.50 dalam kedua dua sem baru layak memohon. So aku akan berusaha lebih untuk dapatkan pointer tu dan lebih lagi. Untuk Course Degree Undang-undang pulak, syarat kelayakan untuk memohon dia agak rendah sedikit, iaitu PNGK 2.50 keatas dh boleh memohon. TAPI INGAT! Itu cuma syarat minimum je, akak yang jaga booth tu cakap kena dapatkan PNGK 3.00 baru dia akan pertimbangkan untuk masuk ke Universiti tu. Terus tergamam aku sekejap, sememangnya susah untuk masuk ke Universiti Awam yang terbaik tapi, ianya akan menjadi senang kalau aku terus berusaha sampai berjaya dapat PNGK 4.00. Oh ya, aku nak sambung Degree Undang-undang dekat Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) atau di Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Setakat ini, itulah yang menjadi pilihan aku. Haha walaupun sekarang aku di Matrik aliran Sains, itu tak jadi masalah untuk aku sebab Sains ni meluas, boleh mohon apa-2 je course. Best kan? So jangan lah rasa susah bila berada dalam aliran Sains sebab ianya jugak akan memberikan kebaikan kat kita semua. Tuntutlah ilmu sebanyak mana pun, bak kata pepatah " Tuntutlah ilmu hingga ke negara China" Hahaha.

Ok itu saje lah yang dapat aku kongsikan tentang apa yang aku dapat dari Minggu Kerjaya yang diadakan haritu. Diharap agar pihak kolej akan terus membuat program macam tu sebab ianya sangat membantu para pelajar yang masih takde hala tuju nak pergi ke mana lepas habis matrik nanti. So kepada sesiapa yang membaca ni tak kira lah lepasan SPM ke lepasan STPM ke Matrik ke, kita kena lah berusaha sedaya upaya untuk dapatkan PNGK yang tinggi masa final nanti. Haha ok bye Assalamualaikum :D



Thursday 13 October 2016

Mana Satu Pilihan Aku?

Assalamualaikum semua, so harini 13/10/2016, aku nak share sikit lah tentang course yang aku nak untuk sambung degree tahun depan. Hehe sekejap je kan? Mana taknya aku kan masuk matrik, itu lah kelebihan matrik :D Walaupun penat, tapi Insya Allah semuanya berbaloi. Aku dulu lepas SPM dapat tawaran UPU kat Uitm Segamat, course Diploma Sains Komputer. Tapi aku keluar sebab dapat tawaran matrik ni pulak. Hahah orang lain nak masuk Uni aku ni pulak nak keluar dari Uni. Hahaha takpela, ade hikmah semua tu. So kat bawah ni adalah senarai Universiti yang menjadi pilihan aku sejak dari zaman SPM lagi :



Universiti terbaik kat Malaysia

Syarat dia susah jugak nak masuk. UKM ni dekat Bangi

   
  Ni pulak UPM dekat Serdang



























Huhuhu sememangnya Universiti kat atas tu memang menjadi idaman setiap pelajar dekat Malaysia ni. Ramai kawan-kawan aku lepasan SPM diorang ada yang masuk Asasi Sains dekat Uni Malaya tu. Diorang cerita yang Wifi kat sana laju giler. Hahahah. Hmmm, Aku pun teringin jugak nak masuk Universiti dekat luar negara macam Oxford University, Penn State University, Cambridge University dan macam-macam lagi. Tapi bak kata orang, ukur baju di badan sendiri dulu. Haha, so mungkin untuk tahun depan ni, aku sambung dalam Malaysia dulu lah. Insya Allah kalau diizinkanNya, aku akan sambung master di luar negara. So, aku dan kawan-kawan ade lah buat research sikit pasal course yang ada kat setiap Universiti ni. Rambang mata wui nak pilih mana. So aku fikir-2, ini tak tetap lah but ini je la yang aku nak pilih dalam fikiran aku sekarang. Antaranya adalah :

  1. Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Dengan Kepujian di Universiti Kebangsaan Malaysia
  2. Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Biokimia) di Universiti Putra Malaysia
  3. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer di Universiti Malaya
Setakat ini, tu je lah yang aku dapat fikirkan. Haha, ayah aku dulu bekas pelajar Universiti Putra Malaysia tapi dalam Ijazah Pengurusan Perniagaan. Huhuhu so adakah aku akan menjejaki ayah ku? Hahaha Insya Allah. Kalau ada rezeki, aku pergi je mana-mana. Ilmu tu kan luas.

Tu je lah yang aku nak cerita harini. Aku jadikan semua pilihan aku tu sebagai satu titik tolak untuk aku terus berjuang dekat matrikulasi ni. Final lagi 3 minggu je, doakan kami semua. Bye Assalamualaikum.

Thursday 6 October 2016

Hobi Di Masa Lapang

Assalamualaikum kepada pembaca blog ni. Hehe bertemu kita kembali ye? Lol ok so harini 6 Oktober 2016, tinggal lagi sebulan je untuk kami di Matrikulasi ni untuk ke final exam. Seram beb, tapi hmm kita redah je. Yang penting lagi sebulan jugak kami nak cuti sem hehehehehe tak sabar nak mereput sereput reputnya 3 minggu tu. Hahaha, Tahun depan bulan 4 aku habis matrik, sambung mereput lagi hahaha. Tak sabar, tapi aku nak mereput dgn kepuasan, maksud aku, mereput yang confident sebab final pspm 2 dapat buat yg terbaik and target pointer 3.50 keatas tercapai. Haha. Ok macam takde kena mengena je dengan tajuk cerita harini.

So, harini aku nak cerita pasal hobi aku di masa lapang. Hahaha cam kelakar je tajuk harini. Ermmm hobi? Hobi korang ape? Mesti terkial kial kan nak jawab? Hahahah aku pun terkial-2, selama aku hidup 18 tahun ni, aku sendiri tak sedar apa hobi aku. Haha , belum ditanya pasal cita-2 lagi. Bagi masa setahun fikir pun tak dapat buat keputusan 100% lololo. So based on apa yang aku tahu, hobi aku maybe dengar lagu kot, tak pun whatsapp kawan-2. Hahaha bosan gila hobi aku, haha takde la, hobi aku sebenarnya dulu main ceper.
Gambar sekadar hiasan. Tu bukan aku masa kecik tau hahaha

Ceper? Ape tu? Alaaaaa yang penutup botol yang kaca tuuuuu. Haha kalau tak dapat gambaran jugak, pergi la search kat google. Serious aku suka gila main ceper, nak nak masa aku darjah 6, kira legend gak ah aku kat sekolah rendah dulu. Balik rumah je ajak ayah main sekali. Sampai diorang marah asyik main ceper je. Tapi dapat gak 5A upsr haha k tak de kena mengena.

Hobi aku sekarang pulak mungkin buat tutorial kot, aku suka buat tutorial kalau aku tau jawapan tutorial tu, kalau tak tau erm memang aku hilang la semangat nak buat. Haha, Eeeee kereknya, hahahaa. aduh aku sendiri pun tak tahu sebenarnya hobi aku apa. Meh aku teka lagi, mungkin hobi aku main catur. Haaa ya hobi aku adalah main catur. Aku suka gila main catur sebab dia uji ketangkasan dan kecerdasan kita untuk mengalahkan pihak lawan. Dia cam cool je main takde nak jerit-2 macam orang main bola tu. Haha, aku dulu wakil sekolah ke peringkat negeri untuk pertandingan catur masa tahun 2012. Tapi kalah dengan 3 org pelajar cina. Hmm yelah pepaham je la cina en? Otak bergeliga dari aku. Lagi pun masa tu aku baru Form 2 tapi diorng Form 4 or Form 5, terkejut en? patutnya ikut la kategori. Hmmm nak buat camne, dah takde rezeki. Hahaha, and masa form 4 aku Kelab Catur and pegang jawatan sebagai Naib Pengerusi Kelab Catur. Hahah naik form 5 je turun pangkat jadi AJK kelab je sebab aku dah banyak jawatan dalam pengawas. Cikgu kata tak adil la semua aku nak bolot haha. Aku pun ye la-2 ambik la. Lolol. Eh? termasuk sejarah masa sekolah pulak. Hahaha

Ok tu je lah pasal hobi aku, tapi kat sini aku jarang main catur sebab macam takde kelab catur je kat sini? Sedih huhu. Harap Sem 2 ade la kelab catur. Aku bosan kot takde lagi kelab yang aku nak masuk. Hahah ok lah sekian dari aku. Jumpa lagi nanti.

Thursday 29 September 2016

Kehidupan Belajar Di Kolej

Assalamualaikum kepada my blog readers. So today aku nak cerita pasal tempat aku menimba ilmu huhu iaitu KMNS.

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan ni kira macam Matrikulasi kedua tertua kat Malaysia. Sememangnya bangunan dia terutama asrama agak 'menyeramkan', tapi cukup bagi keselesaan kepada kami. Haha. Hari pertama aku masuk KMNS ni pada 23 Jun 2016. Tarikh bermulanya perjalanan hidupku sampai sekarang. Now dah masuk minggu ke 15 ke 16 tah aku dekat sini. Pejam celik je dah nak PSPM. Amali Biology pun dah habis, Kimia pulak tinggal 1 je lagi eksperimen, itu maknanya dah nak habis dah Semester 1. Huhu, ok now nak cerita pasal kehidupan dekat sini. Alhamdulillah semuanya baik-2. Ada yang gila-2 hahaha layan je la. Pasal masa kat sini memang penatlah, penuh dengan tutorial bagai. Tapi, tulah jalan untuk berjaya. Malam pulak tak sah kalau tak buat kerja, hari Jumaat malam je yang boleh rileks.

Nak cerita pasal waktu balik and waktu outing pulak, agak berbeza dengan dekat Universiti. Matrik ni macam sekolah la jugak kot, balik lebih kurang 2 kali sebulan je. Kira bagus la jugak sebab kalau balik rumah pun bukannya study, dah la kat rumah wifi laju. Kah kah. Erm outing lak berasingan laki perempuan. Tak tau la ape function dia. Perempuan hari sabtu and Lelaki pulak hari ahad. Aku tak pernah outing pun sebab dah bosan kat sini. Diorang outing lak asyik pegi Palm Mall tak pun JJ Aeon. Hahaha. Maklumlah dulu rumah kat Seremban je lol. Hmm tu je la kot yang boleh dikongsikan. Haha dah takde idea, nanti aku sambung mengarang lagi. Kbye.